Cara Setup Aquarium Air Masin
Assalamualaikum dan selamat datang ke post pertama blog ini, memiliki satu aquarium air masin menjadi idaman setiap orang yang pernah memiliki aquarium ikan sahaja mahupun aquascape. Disini saya akan cuba berkongsi CARA SETUP AQUARIUM AIR MASIN yang mana peminat-peminat baru boleh gunapakai untuk setup aquarium anda.
Keperluan Asas
1) Garam laut (bergantung untuk ikan sahaja/campur ikan dan coral)
2) Aquarium (2ft/60x45x45cm backsump/sump bawah)
3) Refractometer (bacaan lebih tepat berbanding hydrometer)
4) Biomedia (tak kisah guna biomedia apa)
5) Protein skimmer
6) Submersible pump
7) Chiller (disarankan untuk coral if ikan sahaja tak perlu chiller)
8) Test kit salifert (Ammonia/Nitrite/Nitrate)
9) Bacteria (Bio S/Pro Bio S/NP Pro)
10) Live Rock / Dead Rock
Garam Laut

Gunakan garam untuk air masin, banyak terdapat dipasaran dan boleh pilih nak guna yang mana. Saya menggunakan garam Aquaforest Reef Salt. Bancuh garam menggunakan RO atau RODI water seperti yang disaranakan oleh pengeluar garam tersebut. Salinity untuk air laut adalah antara 1.020 untuk ikan sahaja dan 1.025-1.026 untuk coral. Boleh rujuk jadual dibawah :


Refractometer
Berdasarkan pengalaman peribadi, menggunakan refractometer lebih tepat dan mudah digunakan berbanding hydrometer.

Protein Skimmer
Pengunaan protein skimmer sangat penting bagi aquarium air masin, kebiasaannya ikan-ikan air masin ini mudah sakit kerana jangkitan bakteria atau tertelan amonia yang disebabkan kandungan air masin bertambah nilai protein dari rembesan makanan yang berlebihan, najis buangan ikan, tindakbalas biofilter dari filter pump, dan rembesan protein dari sesetengah hidupan laut dari Coral, live rock dan bakteria baik dan jahat di dalam air. Alat ini sangat wajib digunakan oleh penggemar ikan air masin di dalam tank. Pelbagai jenis protein skimmer terdapat di pasaran dari harga antara Rm100 ke Rm1000. berdasarkan saiz tank dan bilangan ikan yang digunakan. Kaedah asas yang dipraktikan ialah menggunakan bantuan pump angin untuk menghasilkan bubble yang halus kemudian bubble ini akan membawa ikatan protein dalam air ke atas atau memasuki bahagian perangkap protein.

Test Kit
Untuk mengetahui samaada aquarium dah fully cycle atau belum perlukan alat penguji seperti Salifert. Banyak lagi jenama dipasaran boleh digunakan tapi saya sarankan jenama Salifert kerana lebih tepat berbanding dengan jenama lain. Untuk permulaan boleh beli 3 dulu test kit ini iaitu Ammonia, Nitrite dan Nitrate.

Bacteria
Bacteria boleh gunakan dari Aquaforest dan banyak lagi jenama dipasaran, saya menggunakan Aquaforest untuk setup aquarium air masin.
1) Bio S – Setitik untuk 100L (bergantung pada jumlah air aquarium korang) setiap hari selama 2 minggu2) Pro Bio S & NP Pro – Setitik pro bio s dan np pro selepas 2 minggu menggunakan bio s. Jumlah sama setitik untuk 100L bergantung jumlah air aquarium.

Cycle aquarium selama 4-6 minggu, sebarang pertanyaan boleh tinggalkan soalan diruang komen. InsyaAllah akan direply secepatnya. Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini, akan diupdate dari masa ke semasa.
